ABOUT US & Risk Disclosure

DISCLAIMER – BorneoMandauFX

BorneoMandauFX adalah sebuah penyedia perisian pendidikan dan alat analisis pasaran seperti Expert Advisor (EA) dan custom indicator. Segala produk dan perkhidmatan yang ditawarkan adalah bertujuan untuk pendidikan dan perkongsian ilmu sahaja.

Dengan ini kami menegaskan bahawa:

  • BorneoMandauFX tidak mempromosikan, atau berafiliasi dengan mana-mana broker.

  • Kami tidak bertindak sebagai Introducing Broker (IB) atau menjalankan aktiviti promosi broker.

  • Kami tidak pernah dan tidak akan mengutip, mengurus, atau memegang dana untuk tujuan pelaburan, pengumpulan, atau pooling fund.

  • Segala kandungan, perisian, dan panduan yang diberikan adalah untuk tujuan pembelajaran, penyelidikan, dan pendidikan sahaja, bukan nasihat kewangan.

📚 Fokus utama BorneoMandauFX ialah membantu komuniti memahami pasaran melalui:

  • Perkongsian ilmu & pendidikan.

  • Perisian berbentuk alat sokongan analisis.

  • Panduan dalam mengurus risiko dan strategi asas.

Dengan menyertai atau menggunakan produk kami, anda memahami bahawa BorneoMandauFX bukan entiti pelaburan dan tidak menjamin sebarang pulangan kewangan.